Nasihat Seorang Pensyarah





NASIHAT SEORANG PENSYARAH








Assalamualaikum dan selamat sejahtera, saya doakan semoga semua yang melihat blog saya mudah-mudahan kehidupan kalian sentiasa dirahmati Allah S.W.T.

Dan Insya Allah, hari ni saya ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan dengan beberapa nasihat daripada seorang pensyarah disaat saya ingin memulakan pengajian untuk kos Diploma Syariah Islamiyah. Sewaktu saya ingin memulakan pengajian tersebut, pada mulanya memang seperti biasa  perasaan orang yang baru ingin belajar.

Memang saya merupakan pelajar yang kategori lambat belajar dan banyak perkara yang tidak diketahui berkaitan akhlak seorang student di Institut Pengajian Tinggi, untuk pengetahuan korang sebenarnya penulis bukanlah antara student yang mempunyai latar belakang yang ada keputusan exam yang gempak atau cemerlang.

Jadi, penulis ingin terus pergi kepada 3 point penting ataupun nasihat tersebut. Suatu hari, seorang pensyarah perempuan membuat pengumuman di dalam bilik kuliah untuk berjumpa dengan beberapa pelajar dan antara salah seorang daripadanya adalah penulis.

Apabila urutan perjumpaan telah sampai waktunya, maka bermulalah detik sesi bual bicara antara pensyarah dengan penulis. Tanpa penulis sedar yang pensyarah tu sedang cuba membaca perwatakan sewaktu saya bermula berkongsi berkaitan permasalahan yang sedang dihadapi ketika itu dan ia berjaya menebuk beberapa jenis perwatakan diri ini berdasarkan penilaian mata beliau.

Maka, pada waktu tersebut membuatkan diri ini terdiam secara mengejut untuk seketika disebabkan ucapan spontan daripada pensyarah tersebut. Lalu pensyarah tersebut terus memulakan pesanannya terhadap diri ini, nasihat pertama beliau iaitu"Berusahalah untuk segera menyesuaikan diri dengan situasi sekeliling". Kedua, "Jagalah perasaan emosi diri sepanjang menuntut ilmu" dan yang terakhir adalah "Eratkan perhubungan pada masyarakat sekeliling".

Kalau nak diceritakan secara lebih terperinci memang ia akan membuatkan pembaca menjadi jemu untuk dibaca, akhir kalam penulis ingin memohon maaf sekiranya terdapat kandungan isi yang membuatkan pembaca terasa di hati. Sekiranya nasihat tersebut berguna untuk anda maka sampaikanlah nasihat ini terhadap mereka yang berada diluar sana....


 








Ulasan

Catatan Popular