REVIEW BUKU THE LAST KINGDOM - HADI FAYYADH
Assalamualaikum semua, hari ni aku nak berkongsi dengan korang berkaitan dengan korang
berkaitan dengan sebuah novel yang dikarang oleh seorang penulis yang agak begitu
terkenal iaitu "Hadi Fayyadh". Ok, novel yang diulas untuk kali ni iaitu
"The Last Kingdom Skyfall And Ghost Protocol".
Aku disclaimer awal dulu, yang sekiranya terdapat kesilapan dalam perkongsian info dalam blog ni, tolong inform kat ruangan komen nanti ye... terima kasih.
Ok, so bila kita lihat dari sudut tajuk buku sahaja dah cukup menarik dengan novel cover dia yang serba gempak bukan novel beshe-beshe. Untuk pengetahuan korang, novel ni mempunyai 17 bab, 287 muka surat termasuk sumber rujukan yang diselitkan sekali dan ia diterbitkan pada tahun 2018.
Kupasan pendedahan untuk kali ni adalah berdasarkan hasil bacaan aku mendapati bahawa, novel diatas banyak menekankan berkaitan dengan sebuah peradaban misteri di kawasan Nusantara. Pada mulanya aku memang susah untuk menerima hakikat berkaitan setiap teori yang dikemukakan dalm novel ni. Tapi pada hakikatnya, sejujurnya aku sendiri tak tahu salasilah asal usul Melayu yang sebenarnya.
Dunia hari ni, kebanyakan masyarakat di Malaysia yang berbangsa Melayu seringkali dimomokkan oleh sesetengah pihak iaitu menagtakan bahawa Melayu itu "PEMALAS, TAK TEPATI WAKTU, MUDAH PELUPA DAN BANYAK LAGI HINAAN YANG DILONTAR KEPADA MEREKA". Persoalannya betul ke, Melayu itu seperti yang dinyatakan oleh pihak tersebut? Cuba renung dan tepuk dada tanya diri kita... (Mudah dibrainwash)
Kalau dilihat dari sudut realiti, ya memang tak nafikan ada yang seperti diatas akan tetapi tidak semua tapi cuma sebahagian sahaja. Jadi nasihat aku untuk kita semua, stop menghina bangsa sendiri dan stop jugak memecah belahkan sesama kita atau yang lain. Setiap masalah pasti akan ada solusi untuk menyelesaikannya, percayalah pada perancangan Tuhan.
Jom, kita kembali kepada topik yang ingin dikupas tapi sebelun tu aku nak sahre dengan korang dengan satu bait puisi yang bertajuk "Melayu" yang dikarang oleh Sasterawan Negara Tersohor iaitu
"Usman Awang":
Jadi, bagi aku apa yang puisi kat atas cuba nak explain:
1. Membuktikan bahawa kehebatan bangsa Melayu berdiri yang telah diusahakan oleh nenek moyang kita dahulu.
2. Bangsa Melayu juga tidak lepas dari sifat alpa dengan hiburan (comfort zone) sedang tanah milik bumiputera begitu mudah dijual.
3. Ramai dikalangan kita yang berbangsa Melayu cepat berbangga dengan anak yang sudah memegang bergulung-gulung sijil pendidikan tapi masih menganggur selepasnya.
Dan banyak lagi, nilai pengajaran yang kita boleh dapat dari puisi kat atas. Selain tu, point yang paling mengejutkan aku antaranya dikatakan bahawa bangsa Melayu sebenarnya merupakan bangsa yang telah menciptakan teknologi yang begitu canggih suatu ketika dahulu bahkan dikatakan lebih canggih dari teknologi hari ini.
Betul atau tidak, sila jalankan kajian anda berkaitannya dan kongsi dengan saya yang serba
kekurangan ni.
Antara gambar yang dikatakan tempat penduduk Atlantis.
Nama sumber buku rujukan yang dinyatakan dalam novel The Last Kingdom.
Ada banyak point lagi yang aku nak kongsi hasil bacaan novel tu, tapi aku rasa better aku noktah info tu sampai sini dahulu jadi apa pandangan korang tentang maklumat review aku? Aku nak hadam betul-betul isi novel tu dulu nanti aku sambung untuk episod akan datang. Hahahahahaha, macam rancangan dokumentari la pulak ye.
Jika ada kesilapan info, mohon berikan teguran untuk diperbaiki kerana saya hanya insan yang biasa seperti anda semua.
Assalmualaikum W.B.T.





Ulasan
Catat Ulasan